...

best blogger tipsGet Flower Effect

Followers

Monday 22 August 2011

DONGENG ALYA

Percampuran antara realiti & ilusi
       …….mimpi & igauan
Apa lagi erti kebetulan kalau bukan suratan

Lidya/Dya- seorang gadis buta…
Tak pernah mengalah..tak pernah mengeluh…
Dia percaya segala takdir yang tersurat dalam hidupnya punya maksud tersirat.

Ikmal/Mel- lelaki yang punya segala tapi lupa pada asal usulnya, suratan takdirnya…
hanya seorang manusia biasa yang terlupa……terleka..dengan tipu daya dunia.      

***************************************************************************** 

  
MENCARI CINTA

Hutan jingga, kembali tenang…
Bunyi teriak-teriak monyet makin hilang. Angin yang tadinya laju, kini sepoi-sepoi bahasa. Bunyi unggas jelas kedengaran tatkala malam bertukar tenang. 
Sebentar tadi, Lidya baru sahaja berhadapan dengan satu situasi yang tak tercapai dek akal manusia.
1 jam sebelum…
Kelihatan rumpunan buluh-buluh liar tumbuh rapat membentuk pagar-pagar tinggi mengelilingi satu kawasan rata berumput hijau seluas padang bola. Kawasan itu sepertinya taman yang hanya wujud di alam mimpi, terlalu indah untuk digambarkan dengan kata-kata. Di taman tumbuh pelbagai jenis fauna yang unik dan berwarna-warni. Di tengah-tengah taman pula, terbentang sebuah kolam kecil beserta air pancutan di tengah. Di pinggiran tasik pula, tumbuh dua pohon sakura rendang. Di situ, seorang gadis muda sedang enak tidur di atas buaian jaring yang setiap hujungnya diikat kuat pada kedua belah dahan pohon sakura. Sesekali daun-daun sakura gugur di atasnya. Batang-batang buluh yang bergesel setiap kali angin bertiup, menghasilkan irama seruling senada. Seekor burung tiong putih yang sedang hinggap di atas pohon bersiul sendiri seolah-olah berpuisi. Alunan merdu terhasil. Lidya tersedar dari tidur lenanya apabila sehelai daun sakura jatuh tepat di atas kelopak matanya. Dia terkebil-kebil, kelu sendiri. Pelik dengan suasana yang begitu asing. Apatah lagi, dia lengkap berpakaian indah serba-serbi biru muda persis seorang puteri khayalan. Di atas kepalanya, elok tersisip selendang tebal lembut menutupi rambut, leher dan dadanya. Sejak dilahirkan ke dunia, sudah 21 tahun Lidya tidak pernah melihat dunia. Walaupun dilahirkan buta, anak kacukan Belanda-Melayu ini tak pernah kesal. Dia bertuah kerana lahir dalam keluarga yang begitu menyayanginya dan memberi cukup didikan agama. Dalam kekeliruan itu, Lidya keluar dari buaian dan berdiri di atas rumput dengan berkaki ayam. Menikmati pemandangan pertama paling indah dalam hidupnya. “Subhanallah… Maha Suci Allah yang telah menjadikan alam seindah ini. ” Seperti anak kecil, Lidya menyanyi gembira melompat ke sana dan ke mari. Dia tak kisah semua ini hanya mimpi atau ilusi semata. Sesaat di sini tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia duduk di pinggiran kolam sambil tersenyum melihat bayangan wajahnya. Kagum dengan kecantikannya sendiri, terbit sedikit perasaan angkuh di hati. “Ya Allah..apa yang aku fikirkan ni?! Sesungguhnya ada sebab Tuhan menjadikan aku buta, ” fikir Lidya. Sambil tersenyum, dia berpaling ke arah dua pohon sakura tadi.       
 Terkejut Lidya apabila menyedari terdapat bayangan seorang lelaki gagah berdiri tak jauh di hadapannya. Mereka memandang sesama sendiri tak kelip mata. Masing-masing kaku. Lidya yang ketika itu masih keliru cuba mencari paksi ilusi. Apa benar situasi yang sedang dilaluinya sekarang? Apa mungkin ini bukan hanya semata mimpinya sendiri? Siapa lelaki itu? Dalam tidak sedar, lelaki itu sudah berjalan ke arahnya secara perlahan-lahan. Susuk tubuhnya yang tegap, tinggi, berkulit kuning langsat, bertaring di sebelah kiri bibirnya, berbaju kulit haiwan, bertopeng seperti zorro abad ke-15, memegang parang panjang di tangan kiri dan parut panjang di lengan kanannya menggambarkan perwatakan bengisnya. Semakin dia menghampiri, Lidya terhidu bau tengik yang semakin kuat. Lidya cuak. Dia cuba berdiri. Satu-persatu langkah diatur dengan berundur, dan kemudiannya dia berpaling ke hadapan dan terus berlari. Dengan suara garau dia berteriak, “Dya!! Tunggu….ni aku la!” Lidya semakin keliru. “Dia kenal dengan aku? Tak mungkin…” 

Tiba-tiba.........

2 comments:

Facebook Badge